Sejak beberapa hari ini, banyak persoalan yang bermain di dalam kepala. persoalan-persoalan yang biasanya aku bualkan bersama ayah dan ma sewaktu menonton televisyen. topik-topik yang mungkin tak menarik minat remaja-remaja.
persoalan yang pertama, apa relevannya keistimewaan orang Melayu kalau orang kita sendiri tidak mahu menghargai keistimewaan itu? Makin dimanjakan makin banyak lemak. Ya keistimewaan orang Melayu memang berlambak. kuota itu ini, subsidi itu ini, hak bumiputra lagi. tapi bilang sama aku, siapa yang dominasi ekonomi sekarang? Melayu? Jangan harap.
Kelmarin, ramai yang membantah PPSMI (Pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris). Sibuk-sibuk mahu buat rusuhan segala. Eh yang jadi mangsa siapa? Itu, anak-anak kamu. Sekejap Inggeris, sekejap Melayu.Tak kasihan kah? Dan semalam pemberita itu ayatnya begini "PPSMI dilihat tidak memberi keistimewaan pada pelajar berbangsa Melayu". Itu racist, kalau kau tak tahu. Kenapa tidak mahu contohi Singapura? Biarkan, bersusah payah dengan Inggeris. Akhirnya, seluruh rakyat mereka fasih berbahasa Inggeris. Tidak kira rumahnya kos sederhana atau setinggan. Tidak kira ayah mereka pegawai tinggi atau cuma buruh kasar.
Kalau di sini, baru sedikit berbahasa Inggeris, sudah mula cebik mulut. "Berlagak lah tu". Kawan, kalau kau mahu ketinggalan, jangan kau tarik orang lain ikut bersama.Bagi mereka yang bercakap Inggeris itu 'bajet hot' dan 'konon pandai',
pergi mati.
Dan di sebalik semua itu aku juga terfikir, zaman-zaman sekolah. Zaman bawa buku berat-berat. Zaman suka-suka dengan kawan-kawan. Dulu. Dulu aku lain. Contohnya seperti pendirian aku tentang perokok muda. Aku tak boleh terima perlakuan mereka yang membakar diri. Killing themselves, and their money. Tapi bila umur sudah bertambah ini, perspektif itu sudah lari sedikit sudutnya.Tak sepatutnya aku menghakimi sesuka hati. Merokok, pilihan mereka, atas kehendak mereka dan berdasarkan faktor yang pelbagai. Dahulu bekas teman lelakiku pernah bertanya, apa yang harus dia buat untuk membuktikan kasihnya. Aku tidak minta yang material. Aku cuma minta dia berhenti merokok. Namun hingga di saat hubungan kami berakhir dia masih seorang perokok tegar. *senyum*
Kini kalau aku punya seorang yang sayangkan aku, biarlah dia seadanya. biarkan dia dengan dunia dia. dunia itu juga ada aku di dalamnya, kan? :)
Awal remaja dulu, aku memang seorang rebel. Selalu fikir bahawa tidak ada siapa yang memahami, dan apa yang dilakukan semuanya betul, dan orang lain tiada hak untuk ikut campur. Aku masih lagi begitu sebenarnya. Tapi dengan sedikit sifat rasional dan sabar.Banyak berfikir sebelum melakukan apa pun. Lebih banyak memikirkan konsekuensi. Malangnya, disebabkan faktor ini aku sering rasa teragak-agak. Sering ragu-ragu.
Dan juga, belajar memahami bahawa tidak semua yang kita inginkan mampu menjadi milik kita. Belajar untuk berhenti, bila waktu mahukan kita begitu.
Ingin kongsi sedikit dialog yang ada dalam kotak imaginasi. Sebelum itu, bayangkan kalian ada di suatu tempat yang sejuk, waktu malam, langit cerah dek sinar rembulan, bintang-bintang, gemerlapan.
"beritahu aku, atas sebab apa kau suka aku?"
"banyak lagi yang punya bintang-bintang."
"ini bukan tentang siapa yang punya bintang."
"ini tentang bagaimana kau melihat bintang itu."
"sekarang beritahu aku, apa yang kau lihat pada bintang di atas itu"
"aku lihat kamu."

hello.
15 ciuman. tambah la lagi.:
pergh, boleh cair baca ayat akhir tu.
EM AN: apalagi, pergi guna kat awek pi. :p
aku ingat entri ni sudah 100% dgn rasional dan serius nya.
sehingga keluar dialog yang menerbangkan itu. hahahah
ppsmi?
kalau nk sgt inggeris, mnsuhkan je melayu.
hikhik.
pertahankn melayu tp islam entah ke mana.
thezulns : imaginasi tu, serius tau. :)
Marzuki : Masalahnya tak ada apa kebaikan pun yang kita dapat kalau terus macam tu.
melayu mmg mcm 2...
yg tggl politik...
habes politik, habes la melayu...
p/s: ak melayu...
Pan : Betul, patut diorang fikir jauh sedikit. aku pun melayu. :D
melayu.. entah bila mahu sedar agaknya..
meminjam kata-kata malique dalam lagu mantera beradu,
"risaukan perkara remeh kita takkan maju"
kanak-kanak aras pandangannya tidak sama dengan org dewasa.mereka melihat alat mainan adalah diri mereka.org dewasa tidak melihatnya sebegitu.
sebab itulah remaja akan cuba membuat org dewasa melihat sesuatu dari sudut pandangan mereka.dan berlaku konflik.tapi suma itu akan berubah setelah remaja menjadi seperti mereka.org dewasa.
jadi kita kena belajar merendahkan badan agar sama dengan org lain walaupun terpaksa duduk mengcangkung....aku rasa begitulah
p/s:hey dyla aku sudah henti berfikir.kerna aku sudah jumpa jawapannya... ^^
anas afrohead : benar. :)
AllSunday: Nanti beritahu aku jawabnya ya? :)
eman na ngorat awek mane lah tu. haha
sekejap bahase melayu, sekejap english. budak tu pening nanti. :|
ayat last!jiwang syh!!
nyssa : betul2 kesian budak2 tu.
Budak Hijau : bukan jiwang, romantis namanya hahaha
aku tak tau lak mmber aku ni pejuang negara..
chiayokk beb..
i like ur dialogue. i paste it at my myspace oke. :D
Post a Comment