Sebetulnya aku tidak mahu lagi menulis entri-entri berunsur sebegini. Tidak mahu terlalu kerap bicara tentang yang tidak ada. Tapi kali ini aku poskan juga, sebab ada yang mahu mendengar pendapat aku tentangnya.
te-he.
Kegilaan itu cinta. Ya mungkin benar, kalau kamu berada dalam suatu perhubungan, dan tiba-tiba kamu mengalami 'kegilaan' secara tiba-tiba, mungkin kamu sudah dilamun cinta.
'Kegilaan' ini bukanlah seperti sakit sawan yang simptomnya seperti terbaring dan mulut berbuih, tetapi lebih kepada tabiat suka tersenyum-senyum sebelum tidur sambil memeluk-meluk bantal dan menggeliat-geliat manja. 'Kegilaan' ini juga akan membuatkan kamu rela bersengkang mata menghadap monitor komputer kamu, ataupun membuatkan kamu menambah nilai kredit telefon setiap hari.
(ada yang sampai memberi kredit pada orang disukai!)
Kadang-kadang, simptom yang paling teruk ialah bila kamu sudah termimpi-mimpi. Dan mimpi itu berlanjutan hingga ke episod 10.
(penulis sedang mengalami situasi ini. harap maklum)
Tapi janganlah pula bila kamu lihat orang gila yang merayap di jalanan kamu bilang itu kerana cinta. Prejudis tu namanya.
''You're driving me crazy''. "Aku gila, gilakan kauuuu."
Antara ayat yang biasa kita dengar, sama ada dalam lirik, ataupun pada bait puisi. Mungkin ini sudah cukup membuktikan bahawa cinta boleh mendatangkan kegilaan.
Adakah ini bermakna orang yang sedang bercinta patut digelar orang yang sedang gila?
er, mungkin tidak.
(takut nanti dibaling kasut pula!)
Tapi apa yang di atas ini 'kegilaan' yang indah. Tak semua dapat merasa 'kegilaan' ini hingga ke jinjang pelamin. Ada yang menyambung 'kegilaan'nya dengan orang lain. Dan ada yang terus menjadi gila.
*diam*
Love is a learning process. And learning, is a lifetime process. Dalam proses itu macam-macam boleh jadi. Jadi fahamkanlah. Cinta tidak sepatutnya menjadikan kita 'gila' sehingga membuat perkara yang di luar batasan. Cinta sepatutnya membuatkan kita betul-betul gilakan sesorang sehingga tidak mampu melukai dia, tidak mahu memandang yang lain. Cukup gila hingga kita tidak sedar yang perasaan itu sudah wujud bertahun lamanya.
Kegilaan itu memang cinta, and vice versa.
P/S : Yang request topik ini sukakan wanita yang gila-gila.
3 hours ago
hello.
12 ciuman. tambah la lagi.:
Best entri ini :)
serius. terimekasih.
"Love is a learning process."
btw, episod 10? im impressed. hahaha
haha jin sbnr nyer tngh giler tuh
ko bukan mmg da gile ke? tu yg ko taip ini...
emm..''You're driving me crazy''.
awak memadu saya gila??
lebih tepat atau bodoh?
hahahahaha
Multiplay : Terima kasih :D
thezulns : yeah you should. :D
ryukanzaki : dia gila-gila je.
janggutb : aku tulis ni sebab ada orang request. sila baca dengan tepat okey, bluwek. haha direct translation wtf.
best dow jadi gilaa.
sebab tu ke kita kena taip ON CINTA? sebab kita gila?
hihi..bahaya ni bila bercinta..
selain cinta itu gila, cinta tu pun pelik jugak.
sebab ramai orang akan buat apa saja terhadap cinta mereka.
*tapi bukan aku
haha
aku nk clash ah ngan ko.
nnti aku bjangkit..
KAWAN DENGAN ORANG GILA.
wtf..
hahahahahahahah (main2 jek)
hmm lama dah aku x rasa gila macam ni. :)
deedlebag : memang best :)
EM AN : tu nama dia saja cari penyakit gila.
Suffian Salim : Pernah dengar Dngerously in Love?
luna abdullah : tu gila yang kronik
ohkureen : waaa smpai hati kau nak clash ngan aku.
J MAIDEN : aku pun. ni baru nak rsa balik :D
Post a Comment