Sunday, June 7, 2009

Pertemuan Penuh Rahsia Siri 2


Hari 1

Bertemu lagi, selepas dua bulan. Malam itu aku mula belajar lagi tentang dia. Sabar, berani, dan penyayang. Tak banyak untuk dikatakan kerana masa berlalu begitu pantas.


Hari 2

Dia sangat menyenangkan. Aku sentiasa tersenyum, dan dia membuatkan aku rasa seperti aku satu-satunya yang dia ada dalam dunia ini. Kejutan yang sangat manis di pagi hari, berpanas dan berlapar bersama-sama, merasa genggaman tangannya yang sangat erat, menonton filem untuk kali pertama bersama-sama, ketawa, tersenyum, dan ketawa lagi. Dia juga sangat observant, dan manis. Dia pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dia sangat cool, dan aku sangat nervous. Untuk itu aku rasa lengkap bila dia ada bersama. Dan malam itu aku tahu betapa aku mahu selalu bersama dia.


Hari 3

Kami berbual, dan ketawa. Aku jumpa Larkin buat kali pertama sedangkan selama ini aku selalu sesat. Dia buat aku tenang, dan bersama-sama, kami sampai ke destinasi. Tapi bagi aku hari ini terlampau pendek. Aku tak mahu dia pergi. Aku masih mahu dia di sisi. Untuk itu aku hanya mengucapkan selamat tinggal dan berlalu pergi, tak berpaling walau sekalipun, kerana aku tak mahu dia lihat titis-titis air mata ini, jadi aku pergi, melangkah selaju mungkin, dengan manik-manik itu di pipi. Manik-manik itu tidak behenti berjurai, di sepanjang perjalanan aku pulang, hingga aku tersilap masuk ke lorong yang salah, saat itu aku tahu aku terlalu emosional, dan aku lihat jari ini dan tersenyum.


pagar dah siap, dan saya tak single lagi.

10 ciuman. tambah la lagi.:

Mr K said...

Ni orang sama yang kat Pertemuan penuh rahsia 1 ke?

thezulns said...

Hari 1, Sabar?

R u sure? Haha.

kumbangkecil said...

yeay! haha.

dyla rosli said...

Mr K : ye orang yang sama. :)

thezulns : you know better! :p

kumbangkecil : yippee! hehe

kura'' hijau said...

hahahha
aku dh prasan jari itu sejak hari ke-2.
hahah.aku hebat!

balqis said...

tgn sape 2?
dyla kew?

deedlebag said...

whos smiling now? (:

Luna Abdullah said...

sudah berpunya.happy for u!

kureen said...

i am happy for u!

Luna Abdullah said...

saye tukar link. find me here ;

http://stichyourlipsthencursesilently.blogspot.com