Aku tulis blog untuk apa? Untuk bercerita, untuk luahkan perasaan, untuk kenang-kenangan. Tapi kadang-kadang rasa macam terbantut bila nak bercerita. Sebab orang yang berkaitan dengan cerita kita itu boleh baca. Dan mungkin ada blog sendiri.
Kalau tulis juga, nanti dia balas di blog dia.
Dan kita balas semula.
Tempat luahan perasaan dah jadi medium perbalahan pula.
Kenapa tak mahu berterus terang? Kenapa mesti di blog?
Sebab tak mahu. Tak semua benda kita mahu ceritakan depan-depan. Tak semua benda mahu kita besar-besarkan. Jadi kita taip. Dan kita tekan butang publish. Mudah saja kan?
Aku rasa sedih sekarang. Tapi aku tak tahu aku patut rasa sedih atau tidak. Aku rasa tidak. Kot.
1 hour ago
hello.
7 ciuman. tambah la lagi.:
dunia!!! (world)
enjoy what are you doing.
tulis je kt diary. senang.
deedlebag : senang adik-adik nak baca?
capullet360 : lama tak nampak? :p
ssh nye nak puaskn hati sume org at the same time kite happy...
sy mlalui kadaan yg sama
hukhuk. ini semua benar belaka.
kau sedih knp weyh?
mari bercerita..
ada, cuma semakin buat2 sibuk. haha, berlenggang di sini saja.
ppuan mmg tulis belog utk kaverline. ramai yg wat camtue. gwe tulis belog utk belasah kiri kanan. tp selalu kanan yg jadi mangsa (ppuan). bkn tak puas hati. tp saje nk tgk perempuan marah marah kat gwe. (saiko sket je). tp gwe nk kawen ngan ppuan. hehe!
Post a Comment