1 hour ago
Tuesday, July 21, 2009
Mengapa prejudis?
Yang bertudung :
"Perempuan yang tak pakai tudung ini semua bebas, sosial. Yalah, pakai tudung mana hot, kan?".
Yang tak bertudung :
"Apa guna pakai tudung kalau akhirnya jadi minah tudung 3gp. Baik lagi yang tak pakai tudung!".
Perempuan bila patah hati :
"Lelaki semua sama! Hidung belang!"
Lelaki bila patah hati :
"Perempuan semua sama! Kaki kikis!"
*sigh*
We are just a bunch of selfish people who only think about ourselves, aren't we?
Kita hidup dalam masyarakat yang prejudis. Masyarakat yang suka menghukum. Asalnya tadi aku baca entri terbaru dari sweet thinker, tentang 'lelaki hanya dapat beli perempuan seksi'. Ada sedikit diskriminasi juga di situ. Rasanya lebih tepat kalau tajuk itu diubah menjadi 'lelaki hanya dapat beli perempuan jalang'. Maaf kalau terlalu kasar bahasanya, tapi memang benar. Hanya perempuan jalang sahaja yang boleh dibeli. Seksi, tidak semestinya jalang. Aku kenal ramai perempuan seksi high class yang tidak pandang harta. Dan hendak jadi jalang, tidak perlu seksi. Oh oh jangan lupa, yang seksi, cuma stok awek. Yang baik-baik tu stok bini. Baik punya baik rupa-rupanya penyumbang utama stok minah tudung 3gp. Hancuss bai. Nak baeeek sangat kan?
Berbalik kepada ke-prejudis-an.
Aku pernah juga bila patah hati aku kata semua lelaki sama. Tapi aku patut tukar sebenarnya ayat itu kepada 'semua lelaki yang aku kenal setakat ini sama'. Tapi panjang sangat pulak kan! Kan lebih drama kalau nangis-nangis lepas tu menjerit "LELAKI SEMUA SAMAA!!" sambil hempuk bantal atas tilam. -___-"
Tapi kan. Yang banyak aku nampak sekarang, orang prejudis dengan perempuan bertudung. Asyik-asyik kata perempuan bertudung semua jahat. Semua tak boleh percaya. Semua plastik. Yang tak nak bertudung tu, jadikan pula fenomena ni sebagai alasan. Konon kalau pakai tudung nanti terus automatik diserap masuk dalam senarai pelakon minah tudung 3gp. -___-"
Kasihanlah, tak semua mereka terbabit dengan porno amatur. Tak semua mereka arif tentang analogi badan lelaki. Sudah-sudahlah.
Gambar atas tu sebenarnya tribute untuk bawang-bawang saya. Nak ucap selamat tinggal, sebab kerja saya sebagai bibik-part-time-tidak-bergaji-melainkan-McD-bila-ada- rezeki akan tamat tak lama lagi. Graphic student semester 5 hommiiieeeesss wait for my hug and kisses yo! and, goodbye garlic, onions, shallots, you guys shall miss my sexy hands peeling your skin off. Or at least my mum will. Haha.
p/s : rajin-rajinla sedekah klik kat iklan ye? ><
hello.
12 ciuman. tambah la lagi.:
haha.
minah zaman sekarang.
wau.
hebat, teruja dan menakutkan.
ok, x kelakar.
prejudis terhadap gadis bertudung sekadar alasan dari yang tidak bertudung. manusia sentiasa mencari alasan untuk menjauhi kjebikan kan?
saya rasa begitulah kot..
anas afrohead : kejebikan tu apa? tulah macam saya kata. tak nak pakai tudung cakap sajalah tak mahu. huhu. lelaki pun ada yang prejudis, jangan lupa!
capullet360 : menakutkan? haha.
tak payah jadi perjudis ape haram jadah tu sume. aku kwn dgn korang oke jek?
kan kan kan. kite same2 hawties
hahak muahmuah satu kali. xoxo
argh..mulut tak penah berhenti..
pandai2 nk idop lor..
btol tak? heheh :))
kureen : kite bff poreber beb. aku tak penah dengar cakap2 orang. wuhu
c.h.a.e.r.m : betul2. janji bahagia. hee
ok, tukar balik, menarik.
bleh macam 2?
ahakz. mcm tak bese ngan tajuk and article lak. bkn diskriminasi. saje je nak kasi kaum hawa mengaum kat gwe :p lallalalala!
Sweet Thinker : lu minat indon ke?
masalah ni dari memang dari dulu dan akan kekal..
takleh gak sebab sorang tu buat hal, kita salahkan orang lain..
macam minah tudung porno amatur tu..dia seorang punya pasal, minah tudung lain semua kena tempias..
pesal tak spesifikkan kat minah tudung tu seorang je? dia yang buat palat.. kenapa nak general kan kat semua minah bertudung??
rambut sama hitam, hati lain2...
macam anas cakap, semua nak cari alasan..pastu salahkan orang lain...
Ape yg seronok sgt ni cerita minah tudung..minah tudung baju seluar sendat ketat ka?Cerita "minah tutup aurat" bila pula.
indon minat gak yg stok belah2 bali tue. hehe.
tp lebih minat ahmoi :)
Post a Comment