Wednesday, August 19, 2009

Berpisah Konon

Semalam dia bawa aku ke satu tempat. Mulanya aku macam tak pasti tempat apa, tapi lepas turun kereta, oh, sekolah lama dia. Kenapa dia bawa aku ke situ ek?

Aku pun tak tahu.

Lepas jalan-jalan dalam sekolah tu dia kata nak pergi jumpa kawan kejap. Aku ditinggalkan di satu kawasan lapang, macam dewan terbuka. Tunggu lama-lama, akhirnya aku balik ke kereta. Rupanya dia sedang dengan kawan dia, nama dia Nora. Lepastu dia kata Nora nak ikut pergi jalan-jalan. Aku iyakan saja. Tapi tiba-tiba Nora tu terus meluru ke kereta, dan pergi ke tempat duduk hadapan. Aku punyalah bengang.

"Siapa cepat dia dapat!". Dia kata.

Baiklah. Aku pun duduk di belakang. Baru aku sedar aku kena duduk dengan beg. Beg aku, beg si dia, dan beg si Nora tu. Aku pun duduk dengan perasaan yang geram macam nak meletup kepala.Sepanjang perjalanan si dia dengan Nora berbual-bual tentang kawan-kawan mereka.Dan tentang sambung pelajaran.Usuluddin? Dan macam-macam term lain yang aku tak pernah dengar. Kenapa aku tak diberitahu dia nak sambung belajar?

Aku tak dipeduli langsung. Tiba-tiba aku termenangis. Dah tak boleh tahan beb. Si dia pandang belakang.

"eh kenapa ni?"

"kenapa dia kena duduk depan!"
"kenapa bukan i!"

"syg sabarlah."

tiba-tiba si Nora tu menyibuk.

"eh u pujuklah dia, i pegangkan stereng ni."

Eh apahal pulak kau nak pegangkan stereng dia? Dah tak boleh berhenti tepi jalan ke kalau ya pun nak pujuk aku? Eh ini sudah lebihh. Aku cakap dalam hati.

"EH DIAMLAH PEREMPUAN TAK PAYAHLAH NAK BUAT BAIK DENGAN DIA SIAP NAK PEGANGKAN STERENG EH MELAMPAUU LA KAU NI BODOH!"

Aku tak tahu kenapa aku emo sangat.

"Dah, saya nak turun kat sini!"
"Ok"

Whattt? ok je? Rupanya di luar sedang hujan.

"Tak jadi ah. hujan pulak macam mana saya nak jalan? Hantar saya balik now!".

Mereka ketawa. Cuba kamu semua bayangkan. Sedih tak.


Dia tinggalkan aku tepi jalan depan rumah aku. Kemudian aku kata.

"Awak pegila dengan nora tu! Kita dah putus!"

Dia sikit pun tak mahu layan. Terus vroom tinggalkan aku. Sedih tak.

Bila aku sampai rumah, aku menangis dekat mak aku, cakap aku dah bercerai. Bila pula aku kahwin dengan Bunny ni? Lantaklah.

Sedang nangis-nangis tu aku tersedar. Eh. Aku mimpi rupanya. Nasib baik.

15 ciuman. tambah la lagi.:

anisizatyA.J said...

OMG baru nak terkejut jahat gila si nora n bf u..nsb baik mimpi hehe

deedlebag said...

bodoh punya mimpi. ciss

deedlebag said...

bodoh punya mimpi. ciss

SirAdib.com said...

Ades...baru jer nak bagi simpati. Rupa-rupanya mimpi. Ceh!

naz said...

hahaha. cerita itu hantu hari2 u :)

dyla rosli said...

hahaha. tak mahu dihantui mimmpi! ><

matt said...

haha..cite cm real je...
dasyat mimpi...
anyway, selamat berpuasa....

kureen said...

hahaha
sgt budus belaka
hahaha

Nene said...

NASEB BAIK.HAHA

nadzirah othman said...

haha..aku pun nak ter'emo' dah baca mula2 tuh...
seb baik mimpi je.. :)

dyla rosli said...

nad : memang emo gila woh!

Nene : Memang woh bangun2 terus 'nasib baik...'

Kureen : Boleh buat drama an tahap mimpi aku. haha

matt : Mmg mcm real. Takut i. wuhu.

selamat berpuasa semua ^^

c.h.a.e.r.m said...

pok gile mmpi ko!
cet!
hahha

Syd Rahim said...

alahaiii, ingatkan betul punya :/ hahaha, okay kelakar bila baca ayat last

dyla rosli said...

chaerm : mmg gilee ann. trauma aku. eceh

syd : haha terkena. tapi mmg betul mimpi ><

ntalala said...

aku macam dah agak ini mimpi. sebab kalau betul2 jadi, kau takkan cerita sedetail ini. mesti kiasan bahasa berbunga segala.

kan? hehe