1 januari, menulis tentang lelaki idaman. ya, berwawasan sungguh. hahaha. terima kasih eda dan shank yang sudi tag si hidung besar. so here we go
Ciri Lelaki Idaman Anda :
1. sayangkan aku. mengapa perlu merengek pada yang tak sudi kan?
2. punya personaliti. keseluruhannya sedap mata memandang. tidak perlu jadi terlalu macho, kacak, comel, mutu, gaya dan keunggulan. aku tak mahu pacar aku jadi magnet gadis-gadis cantik. ha-ha.
3. sopan. aku sangat sangat mudah tertarik kepada lelaki yang hormat pada yang sepatutnya. baik orang tua, wanita, ataupun rakan sebaya. aku ingin tegaskan lagi sekali, sangat-sangat. biadap hanya akan menyusahkan aku bila aku mahu bawa kau jumpa Ma aku nanti. hahahaha.
4. setia. aku ini posesif, tak mahu kongsi-kongsi. huh. cinta dan setia datang dalam satu pakej. jika tiada setia maka tiada cinta. titik.
5. chinese look. hmm aku suka lelaki berwajah begini. selalunya cinta pandang pertama lah. tapi ciri ini tidak semestinya ada.
6. tinggi, tinggi dari aku. supaya dia nampak protektif. boleh lindung aku, dan aku bisa tekapkan dadanya dengan selesa hanya untuk mendegar degupan jantungnya yang sentiasa kencang bila ketemu. hah. muntahlah dulu di tandas. kemudian sambung baca balik, ya.
7. ambil berat. kerana aku jarang bermanja, dan bila aku mahu lakukan begitu aku mahu dia.
8. bisa berbual tentang apa saja. tentang hidup, tentang mati, tentang dunia, tentang agama. dan tidak pernah menganggap aku poyo jika aku suka biara tentang hal-hal itu. kerana memang aku memang begitu.
9. minat membaca. aku belum jumpa yang ini. >.< minat membaca, supaya aku boleh bertukar-tukar buku dengannya. manis bukan.
10. bisa beri aku butterflies. di dalam perut. *senyum* selaluny lelaki seperti ini sifatnya sangat tenang. cool. tidak mudah melenting. penyabar. suaranya menyejukkan.
-----edited--------
11. bisa bermain gitar. sebab aku ingin sekali menyanyi dengan petikan gitar dari orang yang disayang. ah manis.
12. bisa bicara guna hati. boleh merenung aku tanpa bicara sepatah pun. bisa tatap mata aku dan meneka apa yang bermain di hati. ohh kuch kuch hota hai~~
tapi akhirnya apa guna senarai ini jika kita sudah jatuh cinta. *sigh* jika sudah cinta, buruk mana pun dia waima seorang pembunuh sekalipun tetap nampak seperti dewa. cinta, kenapa buta.
Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
1. Berlagak. hidup aku sudah cukup penuh dengan orang yang sok tahu, konon pandai, tapi yang nyata otaknya kosong. jadi tak perlu tambah lagi seorang. haih.
2. terlalu dominan.
3. tidak tahu cara berpakaian
4. yang terlibat dengan dadah
5. curang. aku berpasangan dengan kau untuk jadi berdua, bukan bertiga, dungu.
6. mat rempit. this is a big no-no. eww no way.
7. laki-laki yang tidak tahu apa yang dia mahukan. ya bilang di hati ada seorang. tapi keluar dengan gadis a, dan bergayut dengan gadis b. takut - takut nanti kahwin sampai lupa kuota poligami cuma ada empat.
8. gatal, miang. walaupun cinta itu buta, itu tak bermaksud kau boleh meraba-raba. okay?
tapi kesimpulannya cinta tidak boleh disandarkan pada ciri-ciri tertentu. kadang-kadang aku kata aku suka yang begini tapi tiba tiba boleh yang suka pada yang begitu.
cupid is a jerk, trust me. dia slalu tidur, sebab itulah main panah saja. haha.
*senyum*