Friday, April 24, 2009

Mistik.

Aku selalu rasa setiap perjalanan aku, walaupun jarak 2 kaki, adalah suatu adventure. Lebih-lebih lagi sewaktu memandu. Mencabar bila ada motor depan kamu tiba-tiba melayang sebab dah terlanggar lori depan. Mencabar juga bila kereta sebelah ajak race sampai lampu trafik lagi 100 meter. Tapi itu semua cerita lain. kali ini aku mahu cerita pasal mistik sedikit.

Aku selalu pulang kerja malam, pukul 7, 8 atau 9. Sejak dua minggu lepas, bila aku dalam perjalanan pulang, selalu aku 'diganggu' dengan 'benda' yang berterbangan. Mula-mula aku syak kain baju orang dari kawasan perumahan tu, tapi macam tak logik. Tak mungkin hari-hari dia tak sepit kain dia? Lingkup lah laki dia asyik nak beli baju saja kan?

Sebab tu aku rasa mcam mistik sikit. Aku rasa kain lah, tapi yang buat dia nampak kurang mistik ialah bila lihat pada warna dia. Semalam warna kuning, terbang depan kereta aku. Kelmarin warna biru! Dalam hati aku kata, hantu sekarang dah moden, dah tak pakai kain kapan. Semua nak warna striking! ceh. pigi la lu hantu.

tadi aku jumpa lagi! warna putih! tapi kali ni aku buka lampu tinggi, besar-besar, mahu tengok betul-betul. Aku dah berdebar-debar. Peluh dah memercik di dahi.

Aku dah nampak jelas. Dah tak syak lagi. Rupa-rupanya, kain putih itu adalah singlet,
singlet Nigeria yang mahu melintas jalan.


Hampas.

Tuesday, April 21, 2009

déçu

Kelajuan maksimum aku ketika memandu ialah seratus kilometer sejam. Cukup untuk menzahirkan rasa gembira, marah, mahupun sedih (selain mahu cepat sampai ke destinasi). Sekali-sekala seratus sepuluh. Itu pun jarang-jarang, kerana aku suka berlama-lama di dalam kereta.

Tapi semalam aku menjejak angka seratus tiga puluh.
Sama lajunya dengan air mata yang mengalir deras di pipi.

Sunday, April 19, 2009

Adrenalin

Ada berapa kali dalam hidup aku, berlaku peristiwa yang buat jantung aku berdegup kencang seperti baru lepas berlari pecut 100 meter (walaupun aku lari tak lah laju mana). hanya beberapa kali itu lah aku rasa hidup aku ini seperti, ada impak. Kalau menonton filem, ada klimaksnya, bukan begitu?

Yang masih aku ingat, waktu sekolah rendah. Waktu itu aku rasa semangat mahu dapat nombor satu memang sangat menebal. Mahu jadi yang paling pandai. Pada waktu itu, siapa yang dapat nombor satu bagi setiap aliran, fotonya akan ditampal di papan kenyataan. Lengkap dengan biodata! Dulu buku biodata di kalangan pelajar sekolah sangat popular, tapi itu cerita lain. Muka aku tak pernah pun tertampal di papan kenyataan itu, tapi masa darjah tiga nama aku tertampal besar-besar di situ! Sebab aku masa tu aku lulus PTS (Penilaian Tahap Satu). Kalau kamu semua tak tahu atau tak ingat, dulu peperiksaan ini diadakan untuk menilai IQ murid-murid. Yang mana lulus ujian tu, dapat lah skip satu darjah, terus pergi darjah lima.

Masa aku lihat nama aku tertera di papan kenyataan tu, rasa macam nak tercabut jantung! Hidung kembang kuncup, buruk betul! Masa tu di sekolah aku hanya 8 orang yang lulus ujian tu. Bila naik darjah lima, semua besar kepala, semua nak tunjuk pandai. Bila waktu kesihatan, disuruh pergi bergabung dengan kelas yang satu lagi, tak mahu! Alasannya sebab 'tak ngam'. lalu kami berkurung dalam bilik stor. Aku, Ain, Kay, Yana. Berbual entah apa-apa. Budak lelaki semua tak ada, pergi main bola. Tiba-tiba pintu stor kena ketuk. Cikgu dah datang, siap bawak kayu pokok mana entah yang dia rembat. Di situ juga semua kena rembat. Masing-masing dalam hati kata "taubat tak mahu buat lagi". Terpaksa, pergi juga ke kelas yang "tak ngam" tu. Bila sampai, terus disambut dengan senyuman-senyuman menyindir.

Lepas rehat hari tu, kelas "tak ngam" tu gempar. Beg mereka semua penuh daun kering.

Friday, April 17, 2009

Pertemuan Penuh Rahsia Siri 1

Sebetulnya aku mahu senyapkan saja, simpan untuk diri sendiri, tak mahu aku unjurkan ke dalam ruang ini, tapi, aku rasa kali ini semuanya cukup berbeza. Dia, aku, kami. semuanya lain. Bermula dengan perbualan-perbualan pendek, pesanan-pesanan ringkas, makian-makian yang diakhiri dengan ketawa, kini sudah ke tahap ini.

"Serius ke ni?"

"Dah dalam bas :)"

dan aku tak sedia apa pun, sebab aku ingat dia mahu buat "wakenabeb" kat aku.
-.-

Apapun, semalam dia buktikan jarak beribu batu bukan penghalang. Bukan penghalang untuk aku merenung matanya. Diam di sisinya. Bikin dia ketawa. Bukan juga penghadang untuk aku dari merasa elusan lembut jemarinya di tangan aku yang sememangnya sejuk. dan semalam aku dapat melihat dari mana rambutnya beralun, betapa renungannya menikam, dan jernih kulitnya. Hingga aku dapat lihat garis-garis biru dan merah di telinganya.

He's amazing
. Setiap renungan dia buat aku rasa seperti ada kupu-kupu berterbangan di dalam perut ini. dengan banyak. dan, bila aku kata aku tak mahu makan udang sebab leceh mahu kopek,dia kopekkan udang untuk aku. Ya, betul, tak tipu. dia kopekkan!

>< sweet, isn't he? even words can't describe him.




Pertemuan yang penuh dengan renungan, senyuman, dan perasaan.

P/s: Semoga ada Siri-siri berikutnya. *senyum*

Saturday, April 11, 2009

Altantuya, Tun-Tun dan PM baru.

Sirul dan Azilah ke tali gantung. Tunang Azilah masih menunggu. Mengaku menjadi kambing hitam, tapi tak pula mahu beritahu siapa di sebalik semuanya. Aku ada naluri sama seperti ayah, kami berdua sepakat yang kalau benarlah mereka ini menjalankan perintah dari orang nombor satu negara, mereka ini sebenarnya akan bebas. Aku rasa mereka-mereka yang mengikuti perjalanan kes berprofil tinggi ini juga akan membuat telahan serupa.

Walau apapun,

Selamat bertugas untuk Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Seri Najib Tun Razak. Walaupun aku tak berapa gemar dengan keputusan beliau yang memasukkan Mahathir, ops, Mukhriz ke dalam kabinet, tapi tetap, selamat bertugas. Kenapa aku tak suka? Bukan lah aku kata aku tak suka Mukhriz, atau aku seorang peminat Khairy, cuma tindakannya itu seolah memberi gambaran yang Tun Dr Mahathir Masih membayangi kepimpinan tertinggi Malaysia. Itu tak bagus. Tak bagus langsung.

Dan juga aku rasa Tun agak melampau dengan kritikan-kritikan yang diberi kepada pemimpin Malaysia terdahulu. Dan bila Najib naik jadi Pm, wah, terus mahu masuk UMNO. seperti hina betul beliau yang seorang lagi tu. kasihan. Ada juga ura-ura mengataka Tun sudah kena penyakit Alzhemeir.

Dan juga aku rasa macam sudah jadi trend pula untuk memberi gelaran Tun kepada Perdana Menteri yang sudah melepaskan jawatan. Dengan tak semena-mena, pasangan pun dapat gelaran, padahal sumbangannya tidaklah sebesar mana. Jadi aku macam hilang hormat pula pada gelaran-gelaran ni. Tak ke mana pun!

Friday, April 10, 2009

Aku, dia dan facebook.

Aku : Kenapa tak ada orang add facebook aku ni asgdfaffs
Dia : hahaha kau ingat ni myspace ke. pergila add orang dulu. huhu
Aku : aku dahla pemalas. T_T
Dia : hahahahhaha aku pun! nak usha mamat facebook pulak ka. hahahhaa
Aku : Haah, sebab kat myspace semua mat rempit.hahhaha
Dia : hahhahaha. usha la, manalah tahu ada yang kena dengan citarasa kau. (nada dah mula mengendur)
Aku : Alah karang kalau sangkut karang susah. huuhu.
Dia : oh. Tak susah pun. (nampaknya semakin tidak terkawal, o yeah, o yeahhh)
Aku : Are you jealous?
Dia : Yes I am! Ang jangan pandai-pandai cari len. Ceq ang nak campak mana?


GOOOLLLL

Tuesday, April 7, 2009

Gaya Mutu Keunggulan.

Minggu lepas masa makan tengahari aku pergi McD. Teragak nak makan burger. Jadi masa aku sedang makan, aku tersedar ada seorang pekerja di situ yang sedang lihat-lihat aku. Cerita panjang dipendekkan, dia suruh Supervisor dia ambil nombor telefon.
Tapi aku tak bagi, sebab :

1. Mengurat di dalam waktu kerja adalah sangat tidak beretika. Lebih-lebih lagi jika kamu bekerja di sebuah tempat makan. dan gadis yang kamu mahu 'cuba' itu sedang makan. sangat tidak sopan, okay.

2. Suruh supervisor ambil nombor telefon? Cukuplah. Dont cha have balls?

3. Langsung tiada gaya yang aku suka.

4. Lupa. Aku tak pernah pun bagi nombor telefon sesedap rasa macam itu. melainkan anda amy search ke, ahmad dhani ke. nak juga aku bagi.


Bagaimana gaya yang aku suka eh? Perlu beberapa minit mahu fikir dan cari gambar. perlu diingatkan, setiap perempuan citarasanya tidak sama.


mungkin aku perlu lebih realistik -.-



Kalau dia bukan kawan dah lama aku ngap.


smexy kot. kurangkan keketatan untuk nampak kurang ghey. jgn marah fad! ghaha


omg omg encemnye awaaaaaaaak.










gatalnye dyla.

Saturday, April 4, 2009

Janganlah buat aku perasan





kalau nak spam pun janganla buat mesej serius sangat macam ni habih betambah kembang hidung aku.huhuhu

Rodok.

Pagi itu aku bangun dengan satu rasa yang tak bisa aku sebutkan bagaimana. Sakit kepala dan emosi yang bercampuk aduk, melengkapkan kekusutan yang memenuhi segenap tubuh.

dan semuanya bermula di sini, ovari ini.

lalu aku nekad, aku rodokkan jemari aku kedalam perut, bare hands, aku cengkam ovari itu, dengan berlumuran darah aku tarik keluar.

puas.

kemudian aku bawa semuanya ke klinik berdekatan, dan paksa doktor itu awet atau simpankan ovari itu. 10 tahun lagi aku mahu dia masukkan kembali ovari itu ke dalam tubuh aku. satu hari nanti aku juga mahu mengandung okay?

dan kemudian baik dengan lega. Tiada lagi haid untuk bulan-bulan akan datang. aku mengukir senyuman puas.



fuck PMS.

Thursday, April 2, 2009

agak-agak kalau kau orang type 'hot' di google, keluar blog aku tak?

terima kasih kepada google analytics, beri aku informasi dari mana datangnya pengunjung ke blog aku. 4.77% daripada mereka datang dari google.com. tapi aku agak terkejut bila lihat keywords yang mereka gunakan.

1. melupakan kekasih
ini pun nak google ke? ceh. apapun mungkin ini boleh membantu

2. lucahtube.com
laman ini memang betul wujudkah? aku memang ada sebut sekali di sini

3. aku suka ketawa
aku pun.

4. belakang parang kalau dah,lama-lama boleh tajam
er, salah tu. belakang parang kalau diasah tajam juga. baru betul dik.

5. borang muhasabah diri
borang permohonan menjadi teman istimewa adalah.

6. cinta
eh, dah lama aku tak tulis pasal cinta kan?

7. fobia raining
kasihan kamu tak boleh main hujan.

8. gambar ciuman bibir dan bibir
aku cuma ada bibir yang seksi sahaja.

9. hamster gaduh
aku tak punya hamster, tapi kamu boleh tonton di sini.

10. ingin jadi homo
ish, tak baik tau nyah.

11. jenis lelaki mata keranjang
...sini.

12. kasut macbeth kat johor
yang ini kamu kena tanya pencinta macbeth seorang ini.

13. macam mana nak jadi cantik.
maaf, aku bukan pakar kecantikan.

14. malique kau yang punya
malique tu? aku yang punya? betul ke? o.O

15. pelajar lelaki pakai baju sekolah gadis
mesti hot, kan?

16. pompuan paling hot
aih, aku jugak ke? *senyum sipu*

17. primajohna blog
sesat jauh kau ni! sini lah. nak mengurat john hafiz lah tu.


macam-macam.

Wednesday, April 1, 2009

Mana pi Johnny Depp? Jeng Jeng Jeng

Dia dah takdak aih. Dyla skang dok sibuk dengan orang len!

Dyla habaq kat saya, dia kata Johnny Depp tu hat buat berangan bulehla! Hat betul-betul dia dah jumpa!

Dia kata, toksah bising aih, dok diam ja, bukan ada sapa nak tau punn!


Awat? hangpa suma nak tau ka siapa?