Sebelum itu mari aku jawab soalan-soalan yang kamu tanya dalam entri lepas
the unknown nape tetiba wat 'facelift' kat blog?
ade cite disebalik ke?
- Saja mahu bagi 'makeover'. Layout sebelum ini agak merimaskan dan padat, aku rasa. hee.
thezulnssoklan. bila nak turun shah alam? hahahahaa :P
- bila aku dapat keluar dari Johor Bahru? :P
pnazsoalan sy, dila skrg ni belajar or kerja? atau belajar sambil kerja? hehee
- Aku masih belajar, tapi sedang dalam latihan industri (praktikal). Jadi secara teknikal aku sedang bekerja. huhuuu
terima kasih ya, komen kamu semua amat saya hargai. ceh.
Baiklah, (wtf skemanya!) mak aku merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Sepanjang zaman sekolah rendah aku berada di bawah ketiak dia. Cuma ada sekali aku dapat 'mengepak' sekejap, itu pun, sekejap. Banyak yang ingin aku kongsi, pengalaman-pengalaman seperti :
1. "Mak kau cikgu BI, memanglah kau boleh score BI"
Jujurnya, mak tak pernah ajar aku Bahasa Inggeris. Dia cuma ajar aku supaya suka membaca. Dari aku kecil, dia akan bacakan aku buku-buku cerita tentang puteri-puteri raja, cerita teladan, dan bila umur aku 4 tahun, aku sudah tahu membaca dengan lancar. Dulu aku masuk tadika Pasti je. Wuhu
2. "Buat betul-betul, nanti apa orang kata, anak cikgu tapi tak pandai"
Aku memang selalu tertekan, tapi aku rasa tekanan itulah yang buatkan aku lulus PTS dan dapat 5A UPSR. Aku agak berharap mak aku boleh follow aku sampai sekolah menengah. haha.
3. Sambutan Hari Guru, dapat ikut mak pergi jamuan di hotel 5 bintang.
Oh yang ini paling aku ingat. Ambil makanan banyak-banyak dalam pinggan, lepastu makan tak habis.
4. Musim cuti sekolah adalah waktu untuk aku jadi sekretari.
Sebut saja, rekod kehadiran, markah peperiksaan, jadual bertugas, hinggakan alat bantuan mengajar dan slideshow pun aku tolong design-kan. haha. Tapi aku dapat upah tau! Makan Mcd, misalnya.
banyak lagi sebenarnya, tapi aku macam dah malas nak fikir. Ha-ha. sekian.
p/s: selamat hari guru , epada bakal guru, cik kureen terutamanya. :)
p/p/s: GLORY GLORY MAN UNITED. NAK CAKAP APA LAGI KAN? :)