Tuesday, June 30, 2009

Selamat Ulangtahun Untuk Awak,

yang buat saya senyum , peluk saya sebelum tidur hari-hari walaupun jarak kita 300km, dan suka layan saya yang gedik nak mati ni. Semoga panjang umur, murah rezeki, goodluck for your studies, and may you have what you ever wish for. Lub you lah bun-bun ishhhhhh


happy 21st birthday. :)

Saturday, June 27, 2009

Selamat Hari Lahir, Diri Sendiri.

Hai, Diri Sendiri

Semoga panjang umur, murah rezeki. Dapat apa yang dihajati.


Eceh

Saturday, June 20, 2009

Tiket Bas Nan Sekeping.


Bukan sebarang tiket.

Hai awak. Tengoklah tiket bas awak. Masih elok. Atas selimut saya. hee.

"You, Jusco apa?"
"Jusco Tebrau sayang"

"You, i dekat Tesco!"
"Eh macam mana boleh ke Tesco pulak?"
"Driver teksi tu salah dengar kot"
"Ok ok you tunggu I datang"
"Eh which part you dekat Tesco?"
"How should I know!!"

"Lapar tak?"
"Macam tak je"
"Hmm?"
"Dia kenyang lain"
"Hahahahha"

"Apa nii"
"Taknaklah nanti you tengok badan pelakon dia je"
"Hahaha!"
"Eh tengok ni nak? Comel!"
"Hmph"

"You ada duit tak? I tak cukup ni tau"
"Adaaa. *keluarkan duit*"
"Eh dan dan. I gurau je lah!"
"Eeee! "

"You nak tak"
"Makanlah dulu"
"Kang aiskrim dia habis kang. Tengok dah tinggal sikit dah ni"
"Kang kalau tengok dah nak habis I jerit"

"Comelnya Ben Affleck!"
"Hmph"

"Ini huruf apa?"
"i"
"ni?"
"Love"
"ini?"
"I love you too sayang"

Thursday, June 18, 2009

Tentang PDA (Public Display of Affection)

Bertemu kembali dalam Edisi-edisi Tentang. Ceh konon macam Zakiah Anas. -__-" Kali ini aku mahu cakap tentang PDA atau Public Display of Affection. Contoh-contoh PDA ialah bercium atau berpeluk di tempat awam, ataupun perbuatan menarik tali bra. Mungkin tidak. Berpegangan tangan tidak dikira sebagai PDA kerana pegang tangan hanya menyentuh beberapa cm2 kulit sahaja. ha-ha ketawalah.


1. Sakit Mata
Tak tahulah kenapa kalau aku nampak pasangan yang melakukan PDA ni nanti mata aku automatik jadi gatal atau juling-juling air. Mungkin kerana tak sanggup melihat pemandangan yang kurang menyenangkan tersebut. Apatah lagi disulami dengan adegan suap-menyuap makanan sambil penyuap memandang sekeliling. Yela kak, romantiklah tu.

2. Murah
Perbuatan menunjuk-nunjuk kemesraan dan perasaan kasih sayang secara berlebih-lebihan ini sangatlah tidak patut bagi pasangan-pasangan tidak kira sudah berkahwin atau tidak, tua ataupun muda. Lebih-lebih lagi melibatkan sentuhan-sentuhn yang tidak patut di dalam bas, LRT, stesen bas, lif, tangga bergerak,tepi tandas, dan sebagainya. Tak class. Satu ayat untuk mereka; go get a fkin room. Tapi aku suka tengok pasangan berumur pegang tangan.

3. Kantoi
Persoalan yang selalu bermain dalam fikiran aku bila tengok perlakuan begini ialah "diorang ni tak takut kantoi ke?". Bayangkan sedang seronok-seronok tiba-tiba kena sergah dengan ayah. Ish ish. Tanpa PDA mungkin anda boleh cover mengatakan pasangan anda cuma kawan. haha.

4. Menyusahkan
Berpeluk baik punya ketat tengah-tengah jalan. Jalan pula selangkah seminit. Kan menyusahkan orang tu. Dalam kereta dekat trafik light tak menyempat nak comolot (eh geli betul guna perkataan ni), sampai lampu hijau pun tak perasan. Kalau aku bawa kereta kebal dah lama aku langgar lenyek saja. Kalau ya pun berhenti la kat tepi jalan kan?

Yang paling tak tahan bila jumpa ex-boyfriend/girlfriend dan bila mereka nampak kamu terus mereka berpeluk-peluk dengan sengaja kononnya nak buat kamu cemburu. Oh tolonglah move on.

Sekian.

Tuesday, June 16, 2009

Beku.




Program praktikal dah tamat. Dah mula menulis untuk final report. Bosan. Main Tirnua di Facebook tapi katil dia tak boleh guna jadi tak best. Kereta ayah pakai jadi tak boleh keluar asgfadag. Sedang merancang sesuatu yang comel. Berharap dapat jumpa kawan-kawan hari-hari. dan bun-bun. Selalu belek cincin. Nuffnang RM3.50 je entah bila nak naik. Mahu belajar buat brownies. Obses dengan toner. Mahu potong rambut tapi masih takut. Perlu mula bersenam kembali. Tak suka copycat.

Sunday, June 7, 2009

Pertemuan Penuh Rahsia Siri 2


Hari 1

Bertemu lagi, selepas dua bulan. Malam itu aku mula belajar lagi tentang dia. Sabar, berani, dan penyayang. Tak banyak untuk dikatakan kerana masa berlalu begitu pantas.


Hari 2

Dia sangat menyenangkan. Aku sentiasa tersenyum, dan dia membuatkan aku rasa seperti aku satu-satunya yang dia ada dalam dunia ini. Kejutan yang sangat manis di pagi hari, berpanas dan berlapar bersama-sama, merasa genggaman tangannya yang sangat erat, menonton filem untuk kali pertama bersama-sama, ketawa, tersenyum, dan ketawa lagi. Dia juga sangat observant, dan manis. Dia pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dia sangat cool, dan aku sangat nervous. Untuk itu aku rasa lengkap bila dia ada bersama. Dan malam itu aku tahu betapa aku mahu selalu bersama dia.


Hari 3

Kami berbual, dan ketawa. Aku jumpa Larkin buat kali pertama sedangkan selama ini aku selalu sesat. Dia buat aku tenang, dan bersama-sama, kami sampai ke destinasi. Tapi bagi aku hari ini terlampau pendek. Aku tak mahu dia pergi. Aku masih mahu dia di sisi. Untuk itu aku hanya mengucapkan selamat tinggal dan berlalu pergi, tak berpaling walau sekalipun, kerana aku tak mahu dia lihat titis-titis air mata ini, jadi aku pergi, melangkah selaju mungkin, dengan manik-manik itu di pipi. Manik-manik itu tidak behenti berjurai, di sepanjang perjalanan aku pulang, hingga aku tersilap masuk ke lorong yang salah, saat itu aku tahu aku terlalu emosional, dan aku lihat jari ini dan tersenyum.


pagar dah siap, dan saya tak single lagi.

Monday, June 1, 2009

Metaphore

Hubungan tanpa kepastian seperti membina rumah yang tiada pagar. Sesiapa pun boleh masuk, dan keluar, dan masuk, dan keluar.

Aku tak suka rumah tak ada pagar.