Monday, August 31, 2009

Salam Ramadan, salam Merdeka.

Dah seminggu berpuasa baru berpeluang tulis entri. Kesibukan terserlah, kan? Apapun rasa macam kurang semangat lah tahun ni.

Merdeka pun, dalam hati aja. Ya, dalam hati. Dalam hati kata, merdeka, dalam keadaan politik negara yang kacau bila. Perpaduan kaum, macam sudah ke tahap -2. Melayu, makin agresif. Pijak kepala lembu, apakah? Memalukan. Dalam televisyen sibuk kempen perpaduan. Tapi nyatanya? Haram.

Anak-anak muda. Malam merdeka di mana? Di jalanan. Merempit. Dapat apa ek, berlumba haram ni? Seronok? Hampas.

Sana sini bergaduh.
Sana sini bertelagah.
Semua nak jadi blondie.
Semua nak jadi PCD.

Merdeka kah kita?

p/s : Orang kata, 2012 nanti kiamat?

Wednesday, August 19, 2009

Berpisah Konon

Semalam dia bawa aku ke satu tempat. Mulanya aku macam tak pasti tempat apa, tapi lepas turun kereta, oh, sekolah lama dia. Kenapa dia bawa aku ke situ ek?

Aku pun tak tahu.

Lepas jalan-jalan dalam sekolah tu dia kata nak pergi jumpa kawan kejap. Aku ditinggalkan di satu kawasan lapang, macam dewan terbuka. Tunggu lama-lama, akhirnya aku balik ke kereta. Rupanya dia sedang dengan kawan dia, nama dia Nora. Lepastu dia kata Nora nak ikut pergi jalan-jalan. Aku iyakan saja. Tapi tiba-tiba Nora tu terus meluru ke kereta, dan pergi ke tempat duduk hadapan. Aku punyalah bengang.

"Siapa cepat dia dapat!". Dia kata.

Baiklah. Aku pun duduk di belakang. Baru aku sedar aku kena duduk dengan beg. Beg aku, beg si dia, dan beg si Nora tu. Aku pun duduk dengan perasaan yang geram macam nak meletup kepala.Sepanjang perjalanan si dia dengan Nora berbual-bual tentang kawan-kawan mereka.Dan tentang sambung pelajaran.Usuluddin? Dan macam-macam term lain yang aku tak pernah dengar. Kenapa aku tak diberitahu dia nak sambung belajar?

Aku tak dipeduli langsung. Tiba-tiba aku termenangis. Dah tak boleh tahan beb. Si dia pandang belakang.

"eh kenapa ni?"

"kenapa dia kena duduk depan!"
"kenapa bukan i!"

"syg sabarlah."

tiba-tiba si Nora tu menyibuk.

"eh u pujuklah dia, i pegangkan stereng ni."

Eh apahal pulak kau nak pegangkan stereng dia? Dah tak boleh berhenti tepi jalan ke kalau ya pun nak pujuk aku? Eh ini sudah lebihh. Aku cakap dalam hati.

"EH DIAMLAH PEREMPUAN TAK PAYAHLAH NAK BUAT BAIK DENGAN DIA SIAP NAK PEGANGKAN STERENG EH MELAMPAUU LA KAU NI BODOH!"

Aku tak tahu kenapa aku emo sangat.

"Dah, saya nak turun kat sini!"
"Ok"

Whattt? ok je? Rupanya di luar sedang hujan.

"Tak jadi ah. hujan pulak macam mana saya nak jalan? Hantar saya balik now!".

Mereka ketawa. Cuba kamu semua bayangkan. Sedih tak.


Dia tinggalkan aku tepi jalan depan rumah aku. Kemudian aku kata.

"Awak pegila dengan nora tu! Kita dah putus!"

Dia sikit pun tak mahu layan. Terus vroom tinggalkan aku. Sedih tak.

Bila aku sampai rumah, aku menangis dekat mak aku, cakap aku dah bercerai. Bila pula aku kahwin dengan Bunny ni? Lantaklah.

Sedang nangis-nangis tu aku tersedar. Eh. Aku mimpi rupanya. Nasib baik.

Tuesday, August 18, 2009

Jom Join Kite! ---> Bullshit

Sekarang lawak paling diperkatakan di sekeliling aku memanglah tentang iklan-iklan syarikat MLM yang tak masuk akal. Mula-mula tinggal di rumah kecil. Tiba-tiba terus zappp besar gila rumah kau nyah. Masuk akal ke?

Aku fikir-fikir balik, memang ada orang yang dapat rezeki sebegitu. Juara program realiti, kena loteri, dapat hadiah cabutan bertuah, atau dapat wasiat. Tapi itu semua kadang-kadanglah. Tapi kalau setakat jual barang-barang macam tu, memang tak ah. Tapi orang kita, memang suka yang 'segera' ni. Mi segera, artis segera, makanan segera, jadi ibu segera. Ooops. Diibaratkan, kalau nak daki bukit tu, memang akan cari dulu kalau-kalau ada tali atau tangga atau siapa-siapa yang boleh naikkan dia ke puncak dengan cepat. Walaupun terang-terang dari awal dah kata memang tak ada. Sudahnya orang mendaki dah ke puncak, awak masih tercari-cari tangga di bawah sinun.

Bila fikir-fikir tentang orang, aku kembali berfikir tentang diri sendiri. Keluarga aku. Ada beza tak 20 tahun lepas dengan sekarang. Beza, memang berbeza. Eh macam pernah dengar. Baiklah, ayah kahwin dengan ma 20 tahun lepas. Masa tu ayah bertugas di timur. Rumah pun, kuarters papan. Aku ingat lagi ayah cerita, masa ma nak bersalin, ayah pinjam motor Cik Baha jiran sebelah. Bila dapat aku, barulah pakai kereta. Aku pun dulu selekeh je. Kaki berpasir, kulit gelap, rambut senget-senget sebab anak jiran gunting. Dulu mana mampu nak hantar nursery. Ma kata, masa tu sofa harga 1k pun tak mampu beli. Sekarang lainlah.

Aku memang segan dengan ayah. Sebab dia kalau buat kerja memang sungguh-sungguh. Aku tak tahulah ayah jadi polis sebab apa. Tapi dia memang betul passionate dengan kerja dia. Di tangan dan kaki ayah ada parut besar, sebab jatuh motor masa kejar penyeludup. Ayah dulu kurus, gelap berkilat, rambut panjang sebab selalu undercover. Beberapa tahun lepas adik nombor dua lahir, ayah naik pangkat. Kami pindah JB.

Bila pindah, dapat duduk rumah flat pula. Memang seronok, sebab rumah batu la katakan. Ma hias besungguh-sungguh. Masing-masing gembira. Kemudian ayah naik pangkat lagi, dan kami pindah ke rumah baru, yang lebih besar. Tapi masa ini banyak benda berubah. Ayah dah putih sikit. Aku pun dah putih. Tapi ayah boroi dah, sebab dia dah tak kejar orang. Kereta pun dah 2 kali tukar.

Beberapa tahun lepas tu, pindah lagi, rumah sekarang. Tapi tak sama gembiranya macam mula-mula dulu. Tapi tetap, syukur.


jadi,

Rumah papan -> Rumah flat -> Kuarters 2 tingkat -> Teres

bukan dari rumah kotak terus banglo tau pakcik-makcik!


Sekian.

Wednesday, August 12, 2009

Rancanglah Hidup Anda Supaya Hidup Anda Tidak Merancang Anda

I am really going to make myself as organized as can be. Ceh tiba-tiba cakap Inggeris. Mulai hari ini hari-hari kena buat laporan pada diri sendiri tentang work progress supaya tak dapat tipu diri sendiri -__-".

1. 12/8 18 sample images of motion graphic.
2. 12/8 >15 pages of Bank Islam Research for Advert.
3. 13/8 research for Event Management
4. 13/8 Bank Islam Ad : Spidermap
5. 16/8 > 50 pages research for E-Publishing
6. 17/8 >15 pages research for Corporate Communication.
7. 17/8 Motion graphic sketches.
8. 20/8 Advert group presentation.
9. 21/8 Spidermap, concept research for packaging.
10. 21/8 Article approval for e-publishing - newsletter design.
11. 26/8 3 sets of motion graphic storyboards, over 8 frames each.

ta-fkin-da.

Saturday, August 8, 2009

Tentang Anak Kecil Minta Derma


Kalau jumpa yang meminta-minta, membawa sijil, memakai songkok, di kedai-kedai makan memang aku tak akan layankan. Ada 90% kemungkinan mereka dipaksa dan mereka bukannya orang susah. Bercakap dengan orang pun seperti sudah disiapkan skripnya. Tapi aku tak setuju dengan mereka-mereka yang mengherdik, bertanyakan itu ini, memerli-merli. Kalau tidak mahu derma kata saja tidak, tak perlu menyakitkan hati dia. Kasihan, dia sendiri tak mungkin suka meminta-minta.

Wednesday, August 5, 2009

ASS-ignment


Senarai harus beli lagi panjang dari senarai yang lagi satu tu. Biasa la tu kan.
Yang jadi pening bila satu dinding dah penuh dengan senarai-senarai ni. Haywire.

Welcome back to poly, self.

Saturday, August 1, 2009

Masih mahu tutorial tak?

Masih ingat lagi entri berlagak ini? haha. Adalah 2-3 orang mahukan tutorial, tapi aku tak boleh buat masa tu, sebab terlampau sibuk. Tapi aku dah free sekarang. Dan bosan. Jadi, kalau sesiapa mahu tutorial tentang apa-apa, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen?




bye!