Monday, November 30, 2009

I love you enough to let you go.



Already Gone by kelly Clarkson.


Am not much of a fan, but i seriously can relate myself to this song.

Sunday, November 29, 2009

Aku Benci Betul #3

Lelaki yang konon tahu semuanya dan tak mahu terima pendapat orang dan kalau boleh mahu tentang pendapat orang lain habis-habisan. Suka mempertikaikan itu dan ini dan sentiasa mahu membangkang. Aku selalu jumpa lelaki yang mulanya aku respek kerana sesuatu sebab (seni, contohnya) tapi akhirnya hampa kerana lelaki-lelaki ini seksis, skeptikal, dan cepat menilai. Dan rasa, pandangan peribadi dia tu semua betul. Dan mahukan semua orang terima pandangan dia tu.

Contoh 1 :
"Kenapa kau buat warna macam ni?"
"Sebab konsep dia elegan, dan warna ni melambangkan elegan"
"tapi ada gak warna lain yang elegan"
"yelah tapi aku buat kajian warna ni paling orang suka"
"yeke. aku tak rasa macam tu, aku rasa warna yg lagi satu tu nampak lagi elegan."
"kau sorang je ke nak beli design aku?"

Contoh 2 :
"i dulu grafik gak, kolej XXX"
"oh grafik jugak ke, sekarang kerja di mana?"
"grafik bukan setakat pandai di komputer je, manual pun penting"
"o.O yelah, i tau tu. i just tanya u keje kat mana je? u tak menjawab soalan."
"i kerja dengan bapak i".

Chill lah beb.

Wednesday, November 25, 2009

Tidur bersepah kerana ini.


packaging in, 1 week and a half kot?

270 pages in +- 1 day.



Yang ni memang tak puas hati ah.

we got 4 assignments tapi yang tiga ini paling mencabar.

Sunday, November 15, 2009

Pertemuan Penuh Rahsia Siri 3



Me : ohh look i'm cute! He: Apahalll aa minah ni
  • Sesat.
  • Go shopping at Topman.
  • Pergi Daiman Bowl dan bayar RM2 untuk parking but turn out dah full sebab ada tournament. omg so frustrated.
  • Pergi karaoke untuk menebus kekecewaan.
  • Kongsi Mi Kicap (Sizzling Hotplate) bersama.
  • Berbual-bual tanpa melakukan apa-apa selama lebih kurang, sejam.
  • Bermain game Siapa Pukul Tangan Dulu Dia Menang
  • Photoshoot dinding biru. Teka lokasi.
  • Pulang. :'(
"Eh tengok rambut macam dye!"
"Rambut i memang, dari dulu lagi camtu"
"I cakap I punya rambut lah"
"Okayyy"

"You, tahu tak kenapa orang tu mintak derma kat you?"
"Sebab kita Melayu?"
"Tak, sebab muka you baik."

"You, balik esok kan?"
"Tak bolehlaa sayangg"

"Jom kawin".


Tuesday, November 10, 2009

Aku benci betul #2

Benci betul bila seseorang tiba-tiba merajuk atau marah-marah tapi tak mahu berterus terang mengapa dan menganggap semua orang tahu dan dapat membaca isi hatinya.

Antara orang-orang yang mempunyai perangai kurang senonoh ini ialah, aku.

Sunday, November 8, 2009

Entri Karat. Kalau nak baca, sediakan Autosol.

Remember when we talk about random things, and draw the silliest things on doodle?
I'll draw random girls and you'll drool over them.



And we'll play games and scrabbles and put all the horny words in it.


and when things goes romantic i'll draw all my jiwang karat imaginations.



i miss you.

Wednesday, November 4, 2009

Pengalaman Terlibat Dalam Kemalangan

Sila tambah lagi satu lekuk di sebelah lekuk yang sedia ada. :(




Hari ini aku langgar seorang penunggang motosikal. Kedua-dua tangannya luka tersagat (?), helmetnya calar teruk, cover motornya pecah, dan rimnya bengkok.

Memang silap aku sebab masa tu jalan terus, aku potong dia. Tapi entah macam mana lah kan, aku terdekat sangat dengan dia, lepastu tiba-tiba BAMMMM dah tergolek orang tu. T_T Mula-mula buat relax saja, "eh mari saya bawa pergi klinik". Tapi lepastu baru teringat dalam dompet ada RM2 saja wtf. Terus gelabah telefon ayah. Nasib baik kredit telefon masih ada, itu pun Bunny yang rajin nak topupkan :').

Tapi pelik ah.
Aku tak tahu macam mana aku boleh tak nampak dia. Benda nak jadi?

Atau pemandu wanita memang the most reckless driver on earth.
EVER.

Monday, November 2, 2009

Aku benci betul

Aku benci betul bila jumpa lelaki gatal yang jenis sibuk nak pandang perempuan walaupun awek/bini ada kat sebelah, dahlah pandang dari meja makan sampai perempuan tu naik kereta siap pusing-pusing kepala. Macam harem.