Wednesday, January 6, 2010

Cara- Cara Melupakan Kekasih (Lagi)

Ini untuk kamu, yang google 'melupakan kekasih', 'melupakan cinta', dan 'tips lupakan teman lelaki'. Ini untuk kamu, yang melihat gambar teman lelaki kamu dengan teman wanita baru di facebook. Ini untuk kamu, yang sedang menangis dalam hati (kerana lelaki kalau nangis tak macho bai) kerana teman wanita kamu pergi dengan lelaki yang lebih kaya. Ini untuk kamu, yang sedang termenung kerana teman lelaki kamu meninggalkan kamu hanya kerana si dia yang baru lebih besar buah dada nya.

Ya memang ada kes-kes begini yang terjadi dalam lingkung hidup aku yang tidak berapa besar ini. Sebenarnya kamu tak perlu melupakan kekasih kamu. Kamu cuma perlu berhadapan dengannya. Dan akhirnya cuba menerima hakikat yang kamu tidak ditakdirkan bersama. Get over it, orang putih kata.

itu sahaja.

Jangan lakukan perbuatan bodoh yang boleh memalukan diri kamu sendiri dan keluarga. Jika kamu mati nanti keluarga kamu yang ditimpa sedih. Dan sekiranya ajal kamu belum sampai tak mustahil ayah kamu akan membelasah kamu cukup-cukup. Atau menghantar kamu ke hospital mental. Atau turut sama mahu bunuh diri.

Keluarga. Banyak remaja bermasalah yang tidak begitu ingin bersama dengan keluarganya. Rebels, yang selamanya memberontak dengan tulisan "NO ENTRY" di pintu kamarnya. Apa salahnya rapat dengan keluarga. Dengan darah daging kamu yang berada di sisi kamu sejak azali. Darah daging kamu yang kemungkinan besar akan memandikan kamu bila kamu mati kelak. Curahkan kasih kamu yang disiakan itu ke mereka. Luangkan masa dengan mereka. Jadi anak yang baik. Jadi kakak yang prihatin. Jadi abang yang cool.

Dan jika kamu masih teringatkan kekasih kamu yang membuatkan kamu menangis di kamar mandi itu, cari teman-teman. Cari kawan-kawan. Pergi bergosip. Pergi shopping. Pergi main basikal di Putrajaya. Pergi clubbing. Pergi ambil gambar di cermin tandas Pavillion. Pergilah. Ceriakan diri sendiri.

Dan jika kamu masih juga terkenangkan kekasih kamu yang tidak layak untuk kamu itu, mintalah pada Tuhan. Jangan malu, jangan segan. Buka-bukalah kitab suci. Ringan-ringankanlah mulut untuk berzikir. Tapi bukan zikir 666 ya kawan-kawan!

Secara tiba-tiba rasa mengantuk.

Sekian.

5 comments:

capullet360 said...

haha.
macam lawak je entry nie.

miss capricorn said...

h0h dila mcm tau2 je this thing happen to me

dyla rosli said...

capullet360 : memang lawak. haha

miss capricorn : so is this entry helpful dear? :)

Nur Fathirah said...

thank you awak ;)

c.h.a.e.r.m said...

byk mmbntu! thnks syg~ wohaa...