Friday, October 21, 2022

Mari Buka Hati.

Semalam pergi modul. Jujur memang terpaksa. Tapi aktiviti petang macam buka mata aku sikit. Pensyarah itu (kacak juga orangnya), bagi banyak persoalan tentang hidup.

Salah satu yang buat aku fikir lama ialah bila dia tanya "Kenapa orang bosan dengar ceramah. Ada kata cara penyampaian. Tapi kalau buat lawak, boleh bagi kesan pada pendengar ke? Atau cuma wah kelakar ustaz ni, best, tapi balik rumah lepas tu lupa semua."

Ada bagi pendapat kalau nak berubah, semuanya terletak pada diri sendiri.

Bagi aku, memang letaknya pada diri sendiri. Hati sendiri. Bukan kita tak tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Tapi untuk berubah itu memang harus buka mata buka hati buka minda.

Buka mata, lihat apa yang tidak kena. Apa yang boleh dibaiki. Pada diri sendiri. Bukan hanya lihat salah orang sahaja.

B

No comments: