Friday, October 21, 2022

Tentang Tidur Selepas Asar : Keburukannya.

Malam ini saya nak kongsi sedikit info yang baru saya dapat. Serius ni ok. Kalau hangpa nak kata aku ni superstitious ka, mengarut ka, serupa harian metro ka, biaq pi la kat hang. Janji aku pernah kena benda ni dan aku nak kongsi.

Umumnya semua tahu bahawa tidur lepas asar dan tidur dalam lingkungan maghrib itu tak baik. Tapi saya tak lah tahu secara spesifiknya tak baik yang macam mana. Dan saya mengaku memang saya ada habit yang tak baik ni, sejak saya diploma lagi. Maklumlah tidur lewat, jadi bila ada saja waktu yang boleh tidur, mesti saya tidur. Bila kat rumah oklagilah kan ada mak boleh tolong potpetpotpet tapi bila dah duduk hostel ni makin menjadilah tabiat buruk saya ni. Tapi tadi saya agak terlopong sikit bila dengar ceramah di televisyen. Ada 2 keburukan utama tidur lepas Asar ni :

1. Menyebabkan sewel / gangguan jiwa
Betul jugak, sebab bila bangun mesti mamai-mamai dan ambil masa lama nak sedar betul2. Badan jadi malas, dan lenguh2. Waktu tidur mula terbalik (malam berjaga siang tidur), bangun pun lewat, sepanjang hari mengantuk. Kalau sampai 40 hari memang hidup jadi huru-hara.

2. Dapat gigitan cinta misteri (bagi perempuan)
Yang ini memang saya seriau gila gila gila sebab sejak sekolah menengah memang saya ada kena benda ni.Ustaz tu kata, perempuan yang tidur lepas asar, pahanya nanti akan digigit. Paham-pahamlah dengan siapa kan. Kesan dia lebam yang kehitaman macam terhantuk. Bila kita tengok dekat2 ada lima lubang dekat kesan gigit tu. Bila ditekan tak pula sakit. Aih meremang tengkuk.

Dulu saya sering kena benda ni, tapi sekarang dah lama tak kena, alhamdulillah. Perkara lain yang menyebabkan digigit ini ialah mandi tanpa memakai kain basahan dan juga merayap-rayap waktu senja pakai seluar pendek. Yelah, dia tengok kita, kita tak nampak dia. Lama-lama dia akan suka. Eeeeeei.

Ustaz tu kata, cara nak menghilangkan fenomena ini ialah bacakan surah alfatihah 7 kali pada air, dan campurkan pada air mandian kita yang dah diperah limau. Insyaallah hilang.

Maka mulai hari ini saya nak tukar jadual saya, bangun pagi, tiada lagi napping waktu petang, dan kemudiannya tidur awal supaya esok saya dapat bangun awal. Memangla bangun awal Subuh, tapi lepastu tidoq matahari da naik, airconda da kena tutup dengan mak baru nak tehegeh-hegeh bangkit.

Tak senonoh kan. -.-

8 comments:

afrohead said...

ok no 2 tu mmg pernah tgk dpn mata. makcik saya kena di kaki dan ayah saya kena di dada. tersusun cantik bentuk gigi tersebut..

dyla rosli said...

woah selalu dgr perempuan je kene huhu

hajwan kuat said...

tambahan. waktu petang dilarang bersiar siar dengan memakai seluar pendek (bagi perempuan) kerana akan mendapat satu lagi luvbite yang agak dasyat.

2. seeloknya janganlah mandi selepas azan maghrib kerana perempuan akan diintai oleh dia. kita tak nampak,tapi dia nampak. dan kita juga tahu dia dan dia juga bernafsu. dijauhkanlah nanti diganggu dia dan dia kerana dia sudah bernafsu dengan para perempuan yang sudah terkena. kata ustaz tu,kalau dah jadi macam tu,susah nak kesan & susah nak dirawat.

IZZ HAZWANI. said...

Nak share dkt blog boleh? ^^

dyla rosli said...

Izz Hazwani : Silalah :)

Rony said...

Sarannya bagus, aku ngga terlalu mengerti maksud tulisan kalian tapi coba untuk mengerti

Rony said...

Salam kenal.terimakasih semuanya

Lyn Sery said...

aku pon penah ade gak.jarang2 tp bila ditekan sakit sikit.meremang gak aih!